Ya habibi ya maulana ! Alhamdulillah ini entry yang pertama untuk Blogging Assignment bagi subjek Perdagangan Elektronik. So as the first entry saya nak share one of my favourite recipes ! A very simple recipe but hasilnya sangat memuaskan , insyaAllah.
----------------------------------------------------
RESEPI PUDING ROTI SIMPLE
BAHAN-BAHAN
- 8 keping roti
- 2 biji telur ayam
- 2 sudu besar butter - cairkan
- 4 sudu besar gula
- 2 cwn susu cair - nak guna fresh milk pon boleh
- 1 sudu teh esen vanilla
- Kismis / buah ceri
CARA-CARA
- Toast roti ke dalam toaster sehingga garing. Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam acuan.
- Tabur sedikit kismis / buah ceri di celah-celah dan di atas roti, kemudian tuang butter yang telah dicairkan tadi ke atas roti tersebut.
- Pukul telur, susu, gula dan esen vanilla sehingga sebati dan tuang ke dalam acuan yang berisi roti tadi.
- Tabur lebihan kismis / buah ceri dan biarkan adunan telur menyerap sebentar ke dalam roti.
- Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan sehingga keperangan selama 30 minit dengan suhu 180 C.
- Lepas dah siap kemudian di biarkan sejuk kejap then boleh lah dipotong mengikut citarasa masing-masing untuk di ngappp ! :P
Simple right ? Serious talk lah puding roti ni paling simple nak buat and yes ofcourse sedap (dijamin) ! Haha and kalau uolls rasa macam ,'alaa puding roti ni cenggini je ke ? takde macam sos or kuah dia ke?' Okay dont worry sebab kita boleh pelbagaikan resepi ni dengan menambah SOS KASTARD untuk dimakan bersama dengan puding roti tadi.
SOS KASTARD
BAHAN-BAHAN
- 1 tin susu cair
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu tepung kastard
Dah campurkan semua bahan tersebut kemudian kacau semua bahan di atas api sederhana sehingga pekat mengikut citarasa masing-masing lah. Kalau rasa sukakan kemanisan boleh tambah kan amaun gula tu ye :)
----------------------------------------------------
Okay untuk makluman uolls , resepi ni biasanya saya buat cukup untuk sekali makan or satu loyang sahaja so if uolss rasa macam . 'alahai sikitnya tak cukup nak puaskan nafsu makan aku !' boleh lah gandakan amaun bahan-bahan untuk buat puding roti tu tadi. Puding roti ni sedap dimakan time panas-panas and sedap jugak dimakan time sejuk-sejuk after disimpan dalam refrigerator (ewahhh refrigerator gitu , peti sejuk je sudah haha).
Okaylah thats all for now. Akan di share kan lagi antara resepi-resepi favourite saya pada uollss. Bye bye. Wassalam.


No comments:
Post a Comment